![]() |
-Gambar Hiasan- |
1. Al
Annanah (Suka Mengeluh)
Al Annanah adalah sifat
seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi
kepada sesiapa sahaja atau secara berlebihan.
Contoh, ramai wanita kini yang
suka meluahkan masalah peribadi atau masalah rumah tangga di media sosial.
Bagi wanita yang sudah
berkahwin, ia menjadi sukar untuk mencapai kebahagiaan rumahtangga tanpa berbincang
masalah yang dihadapi dengan suami.
2. Al
Mananah (Mengungkit)
Al Mananah adalah wanita
yang suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan.
Wanita yang mempunyai sifat
seperti ini biasanya akan mendatangkan masalah kepada si lelaki kerana biasanya
jika mereka berbeza pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan
jasa yang pernah dibuat.
Hal ini biasa berlaku kepada
isteri yang mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding pendapatan suami.
3. Al
Hananah
Al Hananah adalah wanita
yang suka menceritakan kelebihan orang lain di hadapan suami.
Sebagai contoh jika wanita
itu seorang janda maka dia akan menceritakan kelebihan bekas suaminya. Jika
belum pernah berkahwin mungkin dia akan membandingkan atau menceritakan kelebihan
ayahnya atau saudaranya.
Namun, yang lebih adalah
jika si wanita pernah mempunyai teman lelaki dan si wanita membandingkan bekas
teman lelaki dengan suaminya yang mana akan dapat merosakkan hubungan
perkahwinan.
4. Al
Haddaqah
Al Haddaqah adalah wanita
yang boros dan mempunyai keinginan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan
kehendak atau keperluan.
Biasanya wanita jenis ini
mudah tertarik kepada sesuatu barang atau produk dan kemudian memaksa si lelaki/suami
untuk membelikannya.
Walaupun wanita atau lelaki tersebut
kaya raya, sifat boros harus dielakkan kerana ia bertentangan dengan agama.
Jika lelaki atau suami itu
miskin, hal ini menyebabkan lelaki tersebut terjerumus ke jalan haram kerana
ingin memenuhi kehendak isteri atau wanita tersebut.
5. Al
Barraqah
Jenis wanita ini adalah wanita
yang suka berhias berlebih-lebihan sepanjang hari sehingga memakan belanja yang
tinggi.
Lebih teruk lagi jika si
wanita berhias bukan untuk suaminya tetapi hanya untuk menunjukkan kecantikan
di khalayak ramai.
6. Asy
Syaddaqah
Asy Syaddaqah adalah seorang
wanita yang terlalu banyak bercakap atau berbicara.
Dalam hal ini, semua perkara
akan dikomen atau ditegur oleh wanita tersebut dan teguran ini bukan bertujuan
memperbaiki tetapi hanya menegur tanpa sebab.
Banyak perkara boleh ditegur
jika perkara itu salah namun bukan sepanjang masa perlu menegur tanpa unsur
periksa.
Hal sebegini hanya akan menyebabkan
sentiasa ada pergaduhan dalam hubungan rumahtangga jika suami sudah hilang sabar.
Walaubagaimana pun, jika lelaki mampu memimpin wanita tersebut untuk berubah jadi lebih baik, tidak ada salahnya untuk menikah dengan mana-mana wanita pilihan.
0 comments:
Post a Comment