Tahukah anda kenapa kerusi getah mempunyai lubang itu sebenarnya?
Mungkin
ramai yang tertanya-tanya atau baru terfikir, lubang pada kerusi plastik itu
sebenarnya ada kegunaannya.
Mari kita bongkar segala persoalan mengenai fungsi lubang
pada kerusi plastik.
1. Lubang tersebut untuk memudahkan pengambilan kerusi ketika
disusun jadi, tidakkah anda terfikir bagaimana cara untuk mengambil kerusi
tersebut sekiranya lubang itu tidak ada?
2. Jika kerusi plastik tidak mempunyai lubang, udara akan
terkumpul diantara dua kerusi dan ini akan menyukarkan pengguna untuk menyusun
dan mengeluarkan kerusi tersebut. Dengan adanya lubang di tengah, tekanan udara
akan bergerak bebas dan kerusi mudah dikeluarkan kerana udara masuk dan keluar.
3. Ada juga yang mengatakan dengan adanya lubang pada kerusi
plastik tersebut, ianya memudahkan pengguna untuk buang angin dan ianya akan
mengalir bebas. Yang ini nampak kelakar sedikit tetapi boleh dikatakan masuk
akal.
4.
Untuk memastikan tidak berlaku kecurian ketika gerai ditutup, dengan adanya
lubang di tengah kerusi plastik tersebut, ia memudahkan untuk menyimpan dan
dikunci.
Memang betullah lubang pada kerusi plastik itu ada
kegunaannya. Kini anda telah mengetahui kegunaannya.
0 comments:
Post a Comment