Simone Mendakwa Menyelamatkan Aishwarya Rai Daripada Menjadi Mangsa Seksual Harvey.

Simone (kiri) dan Aishwarya Rai (kanan)

Simone Sheffield, bekas pengurus Aishwarya Rai, percaya bahawa bintang itu akan menjadi mangsa gangguan seksual oleh penerbit, Harvey Weinstein jika meninggalkan pelakon wanita tersebut berdua-duaan dengan Harvey, kira-kira 15 tahun lalu.

Simone yang merupakan pemilik Canyon Entertainment dipetik menerusi beberapa laporan mendakwa Harvey cuba mencari peluang untuk berdua-duaan dengan Aishwarya serta mengarahkannya meninggalkan mereka berdua berulang-kali.

"Harvey bagaikan pembuli yang berperwatakan binatang. Beliau (Harvey) beberapa kali meminta saya untuk meninggalkan mesyuarat untuk berdua-duaan dengan Aishwarya tetapi saya menolaknya dengan sopan selain melindungi aktres tersebut.

"Harvey juga pernah bertanyakan saya bagaimana hendak bertemu Aishwarya secara bersendirian," katanya dipetik menerusi portal Dailymail UK.

Tindakan tidak bermoral Harvey tersebar apabila dia didakwa melakukan gangguan seksual ke atas bintang-bintang terkenal Hollywood termasuklah Angelina Jolie.

Aktres Angelina dan Gwyneth Paltrow mendedahkan mereka antara selebriti yang pernah menjadi mangsa serangan seksual Harvey ketika kedua-duanya berada di awal pembabitan bidang seni.

BBC melaporkan, pendedahan tersebut dibuat ketika beberapa aktres Hollywood serta kakitangan syarikat milik Harvey tampil membuat laporan mengenai perbuatan terkutuk penerbit itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Simone yang dipetik menggesa lebih ramai mangsa wanita tampil mendedahkan perbuatan tidak bermoral Harvey agar beliau dikenakan hukuman setimpal.

"Lindungi satu sama lain, saling menyokong satu sama lain. Saling menyayangi," ujar Simon.

Netizen di Twitter bersyukur atas tindakan Simone melindungi aktres tersebut.
SHARE

Singkap Rahsia

Ilmu dalam rahsia alam

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment