![]() |
Perlawanan kini ditunda lagi ketiga kali. |
Putrajaya: Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019
antara Malaysia dengan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini bakal
ditangguhkan sekali lagi berikutan sekatan perjalanan ke negara itu
dikuatkuasakan serta-merta oleh Kementerian Luar Negeri.
Larangan perjalanan rakyat Malaysia ke Korea Utara ini akan berlanjutan
sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak, laporan kenyataan Wisma
Putra. Keputusan itu diambil kerana faktor ketegangan semakin memuncak ekoran
daripada beberapa siri ujian peluru berpandu Korea Utara.
Keputusan sekatan itu akan dikaji semula sebaik situasi kembali normal
di Korea Utara.
"Rancangan kami adalah untuk dua perlawanan. Kini situasi adalah
fokus hanya untuk satu perlawanan. Saya perlu pragmatik, kalau perlu menentang
Korea Utara di Hong Kong. Kami harus bersedia.
"Kini, hanya fokus satu perlawanan menentang Hong Kong, tiada
masalah," kata jurulatih pasukan kebangsaan, Nelo Vingada.
Perlawanan di antara kedua-dua pasukan sudah ditunda tiga kali, dengan jadual
asalnya pada 10 Mac dipinda kepada 8 Jun, sebelum ditukar buat kali kedua kepada
5 Oktober.
0 comments:
Post a Comment