![]() |
Buah paling beracun |
Di atas
muka bumi ini, semua hidupan mempunya cara tersendiri untuk melindungi diri
daripada pemangsa, selain dihuni oleh binatang berbisa dan beracun, terdapat
juga tumbuh-tumbuhan yang beracun.
Salah satu tumbuhan beracun adalah terdapat di Florida,
Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, namun banyak lagi ditemui di
negara lain.
Jika anda melawat ke tempat ini, maka jauhkanlah
diri anda dari sejenis pokok yang dikenali ‘Manchineel Tree” ini.
‘Manchineel Tree’ ini mengandungi toksik paling
beracun di dunia. Ia merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari genus Hippomane.
Ciri-ciri pokok ini adalah, ia boleh tumbuh
mencapai sehingga 15 meter ketinggian, kulit batang pokok berwarna kelabu, daun
hijau berkilat, berbunga kecil kehijauan, buahnya kelihatan seperti buah epal
hijau dan berbau wangi.
Namun, pokok ini akan adalah sangat beracun dan
boleh membawa kesan sangat teruk kepada kesihatan manusia.
![]() |
Kesan getah menyebabkan kulit melecur. |
Kesan jika menyentuh kulit dan daun pokok ini adalah
ia akan menyebabkan radang pada kulit.
Selain itu, cairan getah daripada pokok Manchineel
ini juga akan menyebabkan melecur dan bengkak. Disebabkan itulah tiada sesiapa
pun yang dibenarkan berada di bawah pokok ini semasa hujan.
Sementara itu, pembakaran pokok ini ditempat
terbuka juga dilarang sama sekali kerana asap yang dihasilkan akan menyebabkan
buta jika terkena mata. Buta kekal juga boleh berlaku.
Melalui banyak kajian, kandungan bahan pokok ini iaitu
Ester Phorbol Tigliane adalah pencetus utama tidak balas ekstrem itu.
![]() |
Manchineel tree mempunyai buah seperti buah epal |
Walaupun hanya memakan buahnya dalam jumlah
sedikit, kesannya akan menyebabkan anda dikejarkan ke bilik kecemasan dan juga
boleh membawa maut.
Walaupun tiada rekod kematian dalam perubatan
moden, namun rekod sejarah banyak menceritakan kematian berkaitan pokok
tersebut.
Pada abad ke-16, orang asli Florida sering mengikat
tentera Sepanyol di bawah pokok Manchineel. Mangsa akan ditinggalkan tanpa
berpakaian, apabila hujan turun, kulit mereka akan terbakar dan menjadi.
Seksaan berterusan sehingga berakhir dengan kematian.
Walaupun begitu, pokok ini juga mempunyai kegunaan
lainnya.
Christopher Colombus turut pernah menamakan buah
Manchineel sebagai 'Manzanita de la
Muerte' yang bermaksud epal kematian untuk menakutkan penduduk Jamaica,
tapi rupa-rupanya mereka sendiri sudah lama menggunakan gam daripada pokok
beracun ini untuk merawat pelbagai penyakit kelamin.
![]() |
Larangan berada di bawah pokok ketika hujan. |
Malah, buah yang boleh membawa maut itu juga
boleh digunakan sebagai diuretik, iaitu ubat untuk mengeluarkan urin dengan
lebih banyak, selepas dikeringkan.
Selain itu, pokok kayu Manchineel juga boleh digunakan dalam
pembuatan perabot seperti kerusi, meja makan dan almari.
Tapi,
tidakkah dengan hanya menyentuhnya boleh membahayakan kulit? Dipercayai kualiti
racun pada kayu pokok sebahagian besarnya akan hilang apabila dibiarkan kering
di bawah matahari.
Cuma,
sejauh mana kandungan racunnya betul-betul hilang masih lagi tidak diketahui.
Jadi, menjauhi Manchineel adalah perkara paling selamat.
0 comments:
Post a Comment