![]() |
Vivienne Westwood seorang pereka fesyen terkenal. |
PARIS: Vivienne Westwood adalah
pereka fesyen terkenal yang berusia 76 tahun namun beliau kelihatan lebih muda
daripada umurnya.
Ratu fesyen
itu, mendedahkan rahsia awet mudanya selepas menyaksikan pertunjukan
mengagumkan suaminya, Andreas Kronthaler di Minggu Fesyen Paris.
Ketika ditanya wartawan kenapa beliau kelihatan begitu muda,
Westwood menjawab “Jangan terlalu kerap mandi”.
Suaminya, 25
tahun lebih muda, yang digambarkan Westwood sebagai 'pereka terulung dunia,
berkata "Dia cuma mandi sekali seminggu. Disebabkan itu, dia kelihatan
cukup berseri-seri. Saya cuma mandi sekali sebulan."
Westwood adalah aktivis alam sekitar dan cuma memakan
sayur-sayuran. Beliau berkata lagi bahawa beliau cuma membersihkan apa yang
perlu dan tergesa-gesa keluar pada waktu pagi.
"Saya selalu tidak sempat mandi selepas Andreas," katanya.
Kronthaler,
yang dikatakan mengilhamkan fesyen dipakai pelawak Sacha Baron Cohen dalam
filem 'Bruni' pada 2009, mencapai kemuncak reputasi dengan pertunjukan di Paris
yang menampilkan 68 rekaan dan 12 ukiran manusia yang dibalut dengan selimut.
0 comments:
Post a Comment